Tarbiah Ramadhan - Songkok Lamaku
'Yeah!! Yeah!! Raya!!Raya!' jerit riang adik kecilku. Hmm... pejam celik...pejam celik... sudah tiba penghujung ramadhan.
Timbul juga keriangan di hati ini , tak sabar-sabar untuk menyambut lebaran Aidilfitri tahun ini dengan semua insan yang disayangi :) . Dua hari yang lepas memang cukup menguji kesabaran pada bulan puasa ini. Setelah lama tak pulang ke rumah alhamdulillah masih sempat utk beli kelengkapan pakaian raya ( nasib bek Nilai dokek..haha). Macam-macam kerenah, pelbagai ragam yg dilalui, berbagai-bagai masalah yg diharungi... tp itulah ujian kesabaran buat hambanya ^_^.
"Hmm~ baju melayu, Check!!! Samping, Check!!! urm~ Songkok~??? Eh, mne die ek~??? " tertanya-tanya aq dimanakah songkok ku menghilang. Cepat-cepat aku terus mencari songkok ku. Teringat aku sewaktu zaman persekolah dahulu, pergi sekolah pakai songkok, dari hari isnin sampailah jumaat. Kini, bila sudah menjajak alam universiti , aku terus lupa ingin membawanya bersama-sama dengan ku. Misi pencarian diteruskan, habis semuanya aku selongkar. Setelah 5 minit mencari baru ku sedar rupa-rupanya songkok tu berada di atas almari -.-'' ( membazir selongkar sumua barang) .
Lalu, aku terus mencapai songkok itu. "UHUK!!! UHUK!!! HACHOOOM!!!" terbersin aku dibuatnya disebabkan habuk yang bersalji di songkok ku. Aku terus pergi membersihkan songkok itu . Hmm~ terkenang aku ketika zaman persekolah bersama songkok itu . Macam-macam aku buat dengannya. Dialah tempat letak barang, dialah yang jadi payung.' dialah tempat letak nota dan macam-macam lagi lah. Tapi satu yang aku terlintas di fikiran ku . "Kalau macam inilah gayanya bila dah besar, agaknya songkok ni cume pakai bile time2 raya je la ek... lepas tu hilang balik??". "Agaknya kalau dah habis puasa kan, macam manalah iman kita nanti ... adakah ia akn hilang mcm SONGKOK TU PASTU BERHABUK-HABUK ATAU LEBIH TERUK LAGI ???", aku tertanya-tanya.
Itulah yang menjadi tanda tanya yang bakal terjawab tatkala syawal menjelma . Ramadhan merupakan guru yang terbaik dalam mentarbiahkan iman, nafsu dan tingkah laku kita. Mampukah kita menjaga iman kita supaya ia tidak 'BERHABUK' selepas ramadhan ? Tepuk dada tanyalah iman. Jika di bulan mulia kita mampu menahan hawa nafsu dan menghindari segala larangan Allah, takkan pula kita tak berdaya untuk terus istiqamah dalam beribadah di bulan lain. Hmm... tiada siapa yang mampu menjawab persoalan itu, melainkan diri kita sendiri.
Igtlah bahawa sesungguhnnya Allah suka akan orang yang terus istiqamah dalam ibadahnya. Adakah kita ingin mempersia-siakan perjuangan kita dalam beribadah selama sebulan untuk menurut kembali kehendak hawa nafsu?? Tak ke rugi begitu. Janganlah biarkan iman kita ini seperti songkok yang berhabuk. Tatkala syawal menghilang dibiarkan berhabuk. Kemudian bila syawal tiba barulah kita ingin bersihkan supaya molek dipandang orang. Samalah seperti iman kita , janganlah di bulan Ramadhan baru kita ingin sucikannya kemudian kita kotorkannya semula setelah selesai berpuasa.
Sebagai akhir kalam, sama-samalah kita mengamalkan doa ini :"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". Jika kita lupa...jika kita alpha ... jika kita lalai... renungilah dan amalkanlah doa ini... supaya kita dapat menjaga iman kita setelah selesai kita menjalani ibadah puasa... INSYAALLAH..
# jikalau ada silap & salah dalam perkongsian ilmu ini...harap diampunkan... Segala yang baik itu daripada Allah dan yang kekurangan itu datang daripada kekhilafan diri...
ASSALAMUALAIKUM .... SELAMAT HARI RAYA!!!!!

Comments
Post a Comment